Saturday, January 22, 2011

Syabas Panglima Hitam!

Nama Operasi: Operasi Fajar
Masa: 1140 malam
Tarikh: 21 Januari 2011
Lokasi: 300 batu nautika, Timur Oman
Kapal Induk: BM5-Kapal Bantuan Tentera Laut (Naval Auxiliary Ship)

Kapal Sasaran:
MT Bunga Laurel milik MISC Berhad. Kapal tangki bahan kimia dalam perjalanan daripada Asia Barat ke Singapura. Membawa 23 anak kapal.

Situasi:
Kapal dirampas lanun seramai 7 orang bersenjatakan pistol dan rifel. Kapal ditawan selepas berpisah daripada kapal induk BM5 yang mengiringi kapal MT Bunga Laurel ketika melalu kawasan berisiko di Teluk Aden. Ketika lanun cuba menceroboh kapal MT Bunga Laurel, isyarat kecemasan telah berjaya dihantar dan kesemua anak kapal telah berlindung dalam bilik keselamatan khas di kapal.

Laporan:
Kapal berjaya ditawan semula selepas berlaku pertempuran mengakibatkan kecederaan di pihak lanun. Tiada kecederaan di pihak anak kapal dan pasukan penggempur. Sebuah helikopter jenis Fennec turut terlibat untuk memberi bantuan tembakan bagi menghalang kapal induk pihak lanun daripada memberi bantuan kepada lanun yang berada di kapal MT Bunga Laurel.

1 comment:

  1. Bunga Laurel ada citadel yg breach-proof ke? Kapal2 lain rasanya xde ciri tersebut

    ReplyDelete