Monday, January 10, 2011

Shanghai Pelabuhan Tersibuk

Pelabuhan Yangshan

  1. Buat pertama kalinya pada 2010, Shanghai telah mengalahkan Singapura sebagai pelabuhan kontena tersibuk di dunia.
  2. Pemulihan ekonomi dunia telah merancakkan aliran trafik kargo ke pusat perniagaan China.
  3. Shanghai merekodkan sejumlah 29.05 juta TEU pada tahun 2010.
  4. Rekod tersebut adalah melebihi 500,00 TEU yang melalui Singapura.
  5. Selain pemulihan ekonomi dunia, Ekspo Dunia yang berlangsung selama 6 bulan di Shanghai turut merancakkan aliran kargo.
  6. Selain itu, struktur duti eksport yang menarik dan kemudahan infrastruktur yang dibangunkankan turut menyumbang.
  7. Kerajaan China mensasarkan untuk menjadikan Shanghai sebagai Pusat Perkapalan Bertaraf Dunia menjelang tahun 2020.
  8. Pusat perkapalan itu kelak akan dilengkapi kemudahan kewangan, insurans semula, dan penimbangtara.
  9. Pengembangan kemudahan infrastuktur dipacu dengan pembangunan Pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Yangshan.
  10. Pelabuhan ini dihubungkan ke tanah besar melalui jambatan sepanjang 32.5 kilometer.
  11. Selain itu, limbungan pembinaan kapal terbesar di dunia juga sedang dibangunkan di utara Pualu Changxing.
Berita daripada The Star Maritime boleh dibaca di sini.

1 comment:

  1. salam bro, bole kongsi knowledge sket tak pasal shipping economy.. aku suke blog kau. hope dapat tulis byk lg knowledge perkapalan. student bley la uat revision kat blog ko.. majulah ahoy sailor......... ntuk pelaut

    ReplyDelete