Friday, March 25, 2011

Notis Perkapalan Malaysia (MSN)

Notis Perkapalan Malaysia atau Malaysia Shipping Notice (MSN) adalah satu notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia untuk memaklumkan sebarang arahan pentadbiran, perkara-perkara teknikal berkaitan perkapalan, navigasi, safety and security pengangkutan laut dan pencemaran marin.

Seksyen 519A Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, melalui Akta A1316 telah memberi kuasa kepada Pengarah Laut untuk mengeluarkan MSN.

MSN boleh disasarkan secara umum kepada masyarakat / komuniti perkapalan, atau kepada kumpulan individu tertentu, atau kumpulan jenis kapal tertentu.

Sekyen 519A (3) pula menyebut bahawa segala peraturan berkenaan perkapalan, navigasi, safety and security pengangkutan laut dan pencemaran marin yang dibuat untuk perlaksanaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, menetapkan bahawa ketidakpatuhan terhadap MSN adalah satu kesalahan.

MSN dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan, dan boleh didapati daripada laman web Jabatan Laut Malaysia

No comments:

Post a Comment