- Harga: RM 2 juta
- Pemilik: Christoph Swoboda, 57 tahun, warga Jerman
- Pembina: Hasni Che Ali
- Bot ini ditempah oleh pemilik yang telah mempunyai sebuah bot yang sama bernama Naga Pelangi, dibuat oleh pembina yang sama 30 tahun lepas. Pemilik amat kagum dengan kemahiran luarbiasa dan kehalusan perincian oleh pembina.
- Naga Pelangi yang pertama dibina dengan kos RM 30,000 dan telah belayar mengelilingi dunia.
- Tempat bina: Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Terengganu. Malaysia
- Mula dibina: 2004
- Siap: 2010
- Panjang: 95 kaki
- Lebar: 19 kaki
- Bahan Utama: Kayu Cengal
- Proses melengkungkan kayu untuk pembinaan badan kapal (Hull) dilakukan secara tradisional tanpa mesin. Proses ini sahaja mengambil tempoh selama 2 tahun
- Tidak menggunakan paku, sebalinya menggunakan kaedah tradisional seperti kunci tanggam
- Pembinaan bot ini juga bermula daripada badan luar (hull), kemudian barulah kerangkanya dibina tidak seperti pembinaan bot konvensional yang lain yang akan membina kerangka terlebih dahulu.
- Boleh menampung sehingga 30 penumpang dan mempunyai 4 kabin penumpang
- Pada tahun-tahun 50-an dan 60-an, perahu seumpama ini memainkan peranan penting dalam perdagangan antara Terengganu, Thailand dan Indochina.
Lagi berita dalam mStar Online
Blog berkaitan
salam singgah yer baca pasal naga pelangi dua ni....mintak share link yer....
ReplyDeleteAlhamdulillah. .saya guna info nya untuk
ReplyDeleteanak bangsa akan datang.