Assalamualaikum w.b.t.Tahniah buat calon-calon SPM 2010 yang telah mengambil keputusan mereka hari ini. Selepas berbulan-bulan menunggu, dan ada yang mengambil masa itu untuk merancang kerjaya masa depan, sudah tibalah masanya untuk membuat keputusan.Insyallah, saya akan memberi sedikit panduan berkenaan kerjaya pelaut dan bidang lain berkaitan maritim, terutamanya pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan bidang berkaitan khususnya yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia.Mengapa pusat latihan yang diiktiraf Jabatan Laut amat penting?Untuk menjadi pelaut berdaftar dan menjalankan tugas di kapal untuk kapasiti tertentu, pelaut berkenaan mestilah telah mendapat latihan di pusat yang diiktiraf sahaja. Jika tidak, proses untuk mendapatkan perakuan (COC) akan bermasalah.Apa itu COC?COC adalah Certificate of Competency yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia mengikut peruntukkan undang-undang antarabangsa, dan diterima pakai untuk bertugas di kapal-kapal di seluruh dunia. Dalam bahasa mudah, jika ingin memandu, anda mestilah memiliki lesen memandu, maka untuk bekerja di kapal, perlu juga ada lesen. Lesen itulah yang dipanggil COC.Sebelum diterangkan secara mendalam, di akhir karangan ini ada disediakan pautan ke Group Facebook KOMUNITI PERKAPALAN MALAYSIA. Jemputlah untuk menyertai group tersebut dan tanyalah banyak soalan di group tersebut, pasti ramai yang akan membantu.Selain itu, silalah tinggalkan soalan di ruangan komen, dan saya akan berusaha untuk menjawab soalan tersebut melauli kemaskini karangan ini.~~KEMASKINI 24 MAC 2011~~
Kerjaya Sebagai Pelaut? Jawatan apa yang ada di kapal?Kebiasaannya, pekerjaan di kapal terbahagi kepada tiga bahagian utama.
DekPegawai dan kelasi dek bertanggungjawab mengemudi kapal. Bahasa mudahnya, mereka adalah pilot atau driver kapal. Selain itu, mereka juga bertugas untuk menguruskan komunikasi radio, pengurusan operasi kargo, dan memastikan keadaan dek kapal dan peralatannya dalam keadaan baik.
EnjinKecilkan diri anda menggunakan lampu pengecil doraemon, dan bayangkan anda masuk kedalam ruang enjin kereta. Wah, besar! Enjin kapal amat besar untuk membekalkan kuasa yang cukup untuk menggerakkan kapal. Maka tugas jurutera adalah memastikan enjin dan mesin-mesin di kapal dapat beroperasi.
SajianInginkan pengalaman berbeza memasak di lautan luas? Tugas kelasi sajian amat penting, menyediakan makanan yang sedap untuk anak kapal yang lapar dan rindukan kampung halaman. Ada juga kelasi sajian yang bertugas untuk hal pentadbiran dan kebajikan anak kapal.
Perkembangan KarierPegawai Dek (12 bulan belayar) Ketua Pegawai Dek (24 bulan belayar)
Kapten KapalJurutera (12 bulan belayar) Jurutera Kedua(24 bulan belayar)
Ketua JuruteraSteward / Pembantu dapur (cukup pengalaman) Tukang Masak /
Ketua Tukang MasakPengecualian CukaiPernah mendengar ibu bapa mengeluh menjelang tarikh akhir pembayaran cukai lantaran perlu menghabiskan sejumlah wang untuk cukai.
BERITA BAIK untuk pelaut. Pendapatan anda sebagai pelaut adalah dikecualikan daripada cukai pendapaatan sepenuhnya.
TAPI, jangan lupa bayar zakat ye!
Institusi latihan maritim yang utama di Malaysia -
Akademi Laut Malaysia.
Mula menawarkan latihan peringkat pegawai sejak tahun 1979. 2 kursus utama untuk lepasan SPM adalah Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin. Mempunyai dua kampus, di Melaka (Nautika) dan Terengganu (Kejuruteraan). Turut menawarkan kursus peringkat kelasi (dek, enjin dan sajian). Mempunyai kemudahan sofistikated termasuk kapal latihan. Pelajar peringkat pegawai juga berpeluang menyertai PALAPES Laut.
~~
Selamat Menceburi Bidang Perkapalan!KLIK DI SINI - Komuniti Perkapalan Malaysia @ search
Komuniti Perkapalan Malaysia di Facebook.
If you are satisfied with this article, support this blog by clicking the advert at left or top side, powered by Nuffnang. Thank you.